PENDAHULUAN

Pada masa ini, dunia perfileman Malaysia sering menghidangkan pelbagai jenis tayangan drama dan filem kepada penonton-penonton dalam pelbagai jenis unsur. Namun, bentuk bentuk hiburan seperti ini telah mengundang kealpaan dalam diri penonton serta masyarakat. Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk menonton filem, namun perlulah ada batas had sesebuah filem itu supaya tidak menjadi satu bahan yang boleh menjadi ikutan kepada para penonton tersebut.

Bercerita mengenai filem di Malaysia, salah satu unsur perfileman yang semakin menjadi-jadi ialah filem berunsurkan hantu yang mengaitkan dengan tahyul, syirik dan khurafat dalam lakonan filem tersebut. Kebanyakan filem filem ini sepatutnya perlu diambil perhatian oleh pihak pihak tertentu agar filem ini tidak menjadi salah satu penyebab rosaknya akidah apabila ditonton.


                     
contoh filem berunsurkan syirik 
        

Lebih menyedihkan lagi apabila jumlah penonton filem berunsurkan seram ini lebih ramai berbanding jumlah penonton filem berunsurkan kesedaran dan kerohanian. situasi ini menyebabkan lebih ramai lagi pengarah filem berasa teruja dan berlumba-lumba untuk menerbitkan filem berunsurkan seram.

Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.

Oleh itu, dalam berseronok dalam dunia hiburan, kita perlu beringat dan sentiasa peka supaya kita tidak terjebak dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kita. Dalam islam ,hiburan tidak salah, namun bagaimana cara dan bagaimana input yang disampaikan oleh sesebuah filem itu perlu dititikberatkan. Bagi penonton, tidak sepatutnya kita terlalu taksub terhadap filem-filem yang mengandungi unsur yang tidak baik seperti itu.

No comments:

Post a Comment